Acara Lontar Peluru

Pengenalan Acara Lontar Peluru



                Sebagai acara sukan dalam olahraga yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Acara ini disertai oleh lelaki dan wanita. Di peringkat sekolah diperkenalkan untuk sekolah rendah dan juga sekolah menengah.Teknik lontaran yang digunakan diperbaiki dari masa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontaran. Begitu juga dengan kaedah lontaran.Begitu juga dengan kaedah latihan turut ditingkatkan.

Lontar peluru memerlukan atlit yang berbadan besar,tegap dan kuat,tetapi ini bukanlah syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaanseseorang atlit. Pelontar haruslah mengenal pasti latihan yang bersistematik dibawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini.Lontar peluru merupakan salah satu acara padang dalam kejohanan olahraga. Peluru diperbuat daripada besi padu atau tembaga. Berat peluru adalah berbeza mengikut kategori, untuk murid sekolah rendah, peluru yang digunakan adalah seberat 2.72kg. Terdapat pelbagai teknik lontaran iaitu gaya bersilang langkah, gaya berdiri, gaya langkahan ke belakang dan gaya Parry
O’Brien.

Alatan Yang Digunakan

Peralatan yang digunakan dalam acara ini adalah terdiri daripada peluru besi yang mempunyai saiz dan berat tertentu bergantung kepada penyertaan atlit lelaki atau wanita peringkat kelas bagi peserta sekolah menegah dan rendah.Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang sesuai. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau bahan yang kukuh dan tidak licin.permukaan bulatan mestilah rata dan 14mm-26mm kebawah pada bahagian ke atas gelung bulat.

Comments

Popular posts from this blog

Acara Lari Pecut

Acara Lompat Tinggi