Acara Lompat Jauh
Pengenalan Lompat Jauh
Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlit mencuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat yang ditujui. Acara ini adalah salah satu acara yang diminati walaupun tidak ramai orang yang mempunyai kebolehan membuat lompatan yang jauh. Dalam masa yang singkat, atlit mestilah membuat pelarasan bagi membetulakan kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dankedudukan kaki. Untuk mendapatkan pendaratan yang jauh dari tempat lonjakan pelompat jauh perlulah menjalani latihan yang sistematik di bawah bimbingan jurulatih.
Matlamat utama bagi pelompat jauh adalah berlari pada kelajuan maksimum dan berkebolehan meletakkan kaki di papan lonjak dengan betul dan tepat tanpa gangguan terhadap kelajuan awal. Perlu diingat, masalah utama pelompat jauh adalah mengekalkan langkahan larian pada tiga ke empat langkahsebelum melonjak. Di saping itu pelompat jauh haruslah meningkatkan komponen kelajuan, kekuatan otot dan kuasa ekposif.
Sejarah Acara Lompat Jauh
Sejarah permulaan acara lompat jauh dapat dikesan seawall tahun 708 sebelimmasihi iaitu dalam sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan tersebut,lompatan sejauh 7.05 meter telah dibuat oleh Chionis, peserta Sparta.Bagaimanapun, teknik dan cara lompatan yang dibuat amat berlainan daripadalompatan yang dibuat kini. Berdasarkan bukti-bukti lukisan yang terdapat pada tembikar dan corak-corak lukisan yang dibuat pada zaman itu, lompatan dibuat secara berkali-kali oleh peserta Sparta, sama ada lompatan dalam bentuk multiple, double-triple atau quin-triple.
Selain itu, terdapat juga fakta menyatakan bahawa lompat jauh berasaldari sukan zaman purba di Greece dalam gaya lompat jauh berdiri. Pada masa itu, pelompat melompat dengan memegang beban yang dinamakan ‘halteres’pada kedua belah tangan. Berat tersebut di antara 0.9kg hingga 4.5kg, dan iadipercayai dapat membantu untuk memberi kesan lompatan yang lebih jauh. Initerbukti dalam tahun 1854, J.Howard yang melompat sejauh 9.02 meter sebenarnya mendapat 2.4meter hasil daripada beban yang digunakan. Pelompat yang melompat dari ‘threshold’ (tempat lonjakan) dan mendarat di ‘skemma’(tempat mendarat). Pada masa ini acara lompat jauh ialah lompat jauh berlari.
Apabila Sukan Olimpik Moden dihidupkan pada tahun 1896, lompat jauhtermasuk sebagai salah satu acara olahraga. Sejak itu ia terus diterima sebagaisalah satu acara olahraga dalam kebanyakan kejohanan yang diadakan dipelbagai peringkar dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari masa kesemasa sehinggalah kepada bentuk lompatan yang ada sekarang.
Walaupun lompat jauh merupakan acara yang paling mudah dipelajari berbanding acara-acara lompatan yang lain, tidak bermakna semua orang mampu melakukannya dengan baik. Teknik lompatan dan peraturannya perlu dipelajari dengan penuh minat. Ini kerana, sebagai satu acara sukan, ia juga tidak lari daripada risiko kecederaan.
Comments
Post a Comment