Pengenalan Acara Lari Pecut Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-bahagian anggota badan iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat (100m, 200m, dan 400m) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tanaga anaerobic untuk membuat larian sepantas mungkin.Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian pantas in pula bergantung kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan, angin, permukaan balapan, jeniskejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin insentif yang ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian dengan pesetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 18